Teringat puasa di asrama ketika bersekolah di Temerloh lebih 39 tahun dahulu. Sayu rasa hati. Ketika itu pertama kali berpuasa jauh dari keluarga. Di bangunkan dengan rioh rendah, laungan dari senior bersahur dengan nasi dan lauk yang kadangkala telah sejuk. Ramai yang tidak bersahur. Ramai yang ke sekolah mengantuk. Mungkin ada juga yang tidak berpuasa sepanjang ramadhan itu. Ketika berbuka di sebelah petangnya, nasi dan lauk kadang kala sedap dan selalunya tidak sedap. Kerana lapar di telan juga. Tiada hidangan istemewa, kueh atau air yang beranika jenis. (Kat kampung walau tak ada apa-apa tapi masih menyelerakan) . Teringat, pelajar putera dan puteri berbalas balas main mercun. Teringat peristewa, ramai pelajar puteri keluar dari asrama menuju ke Kantin sekolah. (Sehingga hari ini, aku tak tahu punca dan sebabnya) .
Namun demikian, banyak yang ku pelajari sepanjang puasa di asrama-asrama ini, dengan suasana dan kemeriahan yang berbeza. Telah menjadi adat juga, ada yang rajin puasa dan solat begitu juga sebaliknya. Apapun, semoga Allah memberkati dan menerima puasa dan solat kami waktu itu dan akan datang,