Total Pageviews

Sunday, 8 May 2011

Hari Ibu

Hari ini, hari ibu, hari istemewa buat ibu2 seluruh. dunia.  Hari ini saya menerima ucapan dari member2, anak2 tapi saya tidak memberi apa2 ucapan untukmak.  Sejak mak di serang stroke, hubungan menjadi dingin. Dia marah kerana tidak menelefonnya. Itu pasti.  Memang saya tidak menelefon beliau sejak awal tahun ini.  Tahun lepas, saya pergi melawat beliau. Dia begitu dingin sekali. Tidak marahkan dia, mungkin dia kecil hati. DERHAKA KAH SAYA? . Maafkan anak mak ini...
           Mak, anak mak yang ini tak pernah melupakan mak.  Setiap detik jika boleh ingin bersama mak. Tapi apakan daya, anak mak ini tidak berdaya untuk ke sana dan dalam masa yang sama melepaskan tanggungjawab di sini. Hanya doa mengiringi mak sentiasa. Doa anak mak yang ini hanya satu, kebahagian mak di akhirat kelak dan kesihatan mak agar bertambah sihat.  Takpalah mak tak mahu duduk bersama kami disini. Duduklah di rumah anak mak yang itu... kerana bersama kamipun mak belum tentu bahagia. Semoga mak sihat mak.....Amin

No comments:

Post a Comment