Tidak pernah saya duga, melangkah ke tempat baru untuk meneruskan persekolahan membawa banyak pengalaman pahit manis dalam kehudupan remajaku. Bertemu dengan kawan-kawan lama dan juga yang baru. Sekali lagi meneruskan hidup di asrama (kali ini dihuni oleh pelajar perempuan). Menaiki bas yang datang setiap pagi menjemput kami pergi dan balik dari sekolah yang terletak 3 kilometer dari asarama. [Ditugaskan mengutip duit bas (tiket bulanan)] setiap bulan . Alahai manisnya kenangan di waktu ini. Namun ada juga detik hitam di sini.
Bermula dengan minggu orientasi, saya meneruskan alam persekolahan seperti biasa. Mula berkawan dengan beberapa orang yang telah sedia saya kenal di sekolah lama dahulu. Masing-masing berlumba-lumba penoh semangat untuk mencapai kejayaan. Berbagai aktiviti dilakukan bersama tentunya. Saya dengan sedaya upaya belajar untuk menghadapi segala rintangan. Buat tugasan setiap minggu bersama kawan-kawan setiap malam di sekolah tempat kami menumpang teduh. Semuanya dengan penuh tekun dan semangat. Susah sebenarnya setiap tugasan yang diberi dengan bahan rujukan yang agak terbatas dan perlu diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Istilah-istilah yang sungguh mengelirukan. Dua minggu sekali ke bandar membeli barang keperluan atau meneman kawan-kawan berjumpa kawan mereka dan menumpang sekaki menengok wayang. Sebulan atau dua bulan sekali balik kampung sudah menjadi rutin. Sesekali ke rumah kakak seorang sahabat di Kuarters Kampung B.
Tahun pertama dilalui dengan tenang, namun melangkah ke tahun kedua, mulalah berbagai rintangan dan dugaan dirasai. Bulan pertama dan kedua masih tenang, masuk bulan ke tiga dan empat saya tak betah duduk. Berbagai fitnah mula tercipta. Gosip, berbagai gosip mula melanda. Semua gara-gara bergambar dengan rakan sekelas yang kononnya meminati saya. Namun saya tidak hanya bergambar dengan dia seorang, saya bergambar dengan orang lain juga. Saya juga bergambar dengan semua yang rakan yang lain.
Akibat marah, saya balik kampung dan nekad tidak datang ke sekolah selama dua minggu. Kebetulan mak melahirkan adik bongsu saya pada ketika itu. Happy sangat dapat adik. Mak, menyuruh saya balik ke sekolah namun saya enggan. Kata mak, " pergilah balik ambik peperiksaan, duitpun dah bayar. Kita bukan orang senang.". Saya balik ke asrama dengan berat hati. Rakan-rakan sebilek, bertepuk tangan saya balik semula belajar. Kata mereka, ramai yang merindui saya dan tertanya-tanya ke mana saya menghilang selama dua minggu itu. Ada yang bertanya hari-hari ke mana saya. Alahai...jika difikirkan semula, bodohnyalah saya.
Ketika balik semula ke asrama, saya menerima sepucuk surat biru dari insan yang tidak saya kenali. Sebulan lama nya saya mencari jawapan siapa gerangannya. Satu hari, tanpa sengaja saya terjumpa jawapannya. Pada mulanya malas untuk membalas surat tersebut, kerana saya amat sibuk dengan pelajaran. Namun atas nama persahabatan, saya balas juga dan bermulalah episod baru dalam hidup saya. {Membalas surat hamba Allah ini setiap bulan)
Dalam kelas, rupa-rupanya member-member lelaki, memang menanti kedatangan saya. Boleh dikatakan semuanya menyeringai melihat saya kembali... Tika itu saya nekad apa nak jadipun, cita-cita tetap mesti di dahulukan. Menyebukkan diri dengan buku pelajaran, dengan study group dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Cuba melupakan peristiwa gambar itu . {Cikgupun pernah bertanya betul ke?) Benggang sebenarnya. Sesungguhnya, saya memang baik dengan budak-budak lelaki dalam kelas. Usik mengusik adalah perkara biasa pada kami semua. Saya, AA, NY, memang selalu di sakat oleh MKG ARM, MDA, PMA, AYA, RH.. Riuh rendah kelas kalau ada kami. Study group yang penuh nostalgia. Sehingga kini, saya masih tertanya-tanya mengapa hanya saya, AA, AYA dan RH berada di dalam group itu. Hanya kami berempat, dan tempat kami belajar juga sungguh strategik. Kami boleh makan, rehat dan sembahyang di situ. Kadangkala, saya dan AA akan dibekalkan dengan nasi lemak. yang kami beli atas ihsan; Sungguh istimewa sebenarnnya. Sedikit sebanyak saya dapat melupakan kisah pahit di awal tahun itu. Hanya AA yang tidak berjaya tahun itu.
Walaupun saya berjaya, nasib tidak menyebelahi saya. Kelulusan tersebut tidak membolehkan saya, RH dan AYA ke universiti. Lantas saya meneruskan hidup di kampung, menolong mak menjaga adik, menyambung semula belajar menaip dan trengkas. Untuk belajar menjahit, saya tak mampu kerana kos yang mahal dan berulang alik ke bandar dua minggu sekali amat perit buat mak dan bapa. Sekali lagi saya terperangkap di rumah. Dalam pada tu, hubungan dengan kawan-kawan semasa di akhir persekolahan tetap kekal sehingga masing-masing bekerja dan mempunyai keluarga. Saya kemudiannya menjauhkan diri dari mereka sedikit demi sedikit. Namun jauh di sudut hati, kenangan manis bersama mereka tetap kekal abadi jauh di sudut hati. Saya masih merindui mereka sebenarnya, AA, AI, NY, RMI, AYA, RH, ARM, MKAG.
MDA, PMA, SAMT.. Dan saya tahu mereka telahpun berjaya dalam kerjaya dan bahagia dengan pasangan masing-masing. Untuk aruah SAMT- al fatihah moga roh anda di rahmati ALLAH dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman lagi solleh. Saya akan cuba mencari semula rakan-rakan ini. Insya Allah Beberapa orang telah berjaya saya jejaki. Mudah-mudahan semuanya dapat saya jumpa sebelum menutup mata buat selamanya.