Total Pageviews

Saturday, 4 June 2011

REMAJA 2

            Bertahun, menjalani hidup di asrama, menjalani hidup dengan kawan-kawan dan jadual serta disiplin sekolah yang ketat dan padat. Saya sedaya upaya menghindari dari di kenakan tindakan tatatertib. Saya ingat, saya tidak pernah di denda, tidak pernah di marah, segalanya berjalan lancar. Mungkin kerana saya sering mengingatkan kawan-kawan. Mungkin juga kerana selalu, mengejutkan kawan-kawan di waktu pagi. Saya tidak pernah lewat kerana itu. Pagi saya bangun sebelum kawan-kawan lain bangun tidur, saya mandi, basuh pakaian dan  solat. Sementara menunggu kawan-kawan bangun saya membaca buku. Kadangkala terlena kembali. Mengejutkan kawan-kawan sebilik dah jadi rutin harian. Pagi bergegas ke dewan makan, kemudian ke kelas. Jam satu balik ke asrama, makan tengahari, solat, ke sekolah semula.  Selepas minum petang, ke padang buat senaman serba sikit. Saya bukan ahli sukan, tapi melibatkan diri dengan bola tampar sekali-sekala, Jika tidakpun, melakukan senaman ringan di belakang blok sekolah. Malas sebenarnya ke padang tapi kami tidak dibenarkan berada dalam bilik sebelum enam petang. Setelah solat magrib dan makan malam kembali ke kelas. Jam sepuloh malam, kembali ke asrama, solat isyak dan tidur jam sepuloh setengah. Itu wajib kami lakukaan saban hari. Tanpa kompromi.
            Bertahun, bersama siang malam ibarat, adik beradik. Namun saya hanya, bercakap dengan kawan-kawan sekelas (lelaki) yang duduk di depan, belakang dan kiri saya sahaja. Itupun kerana mereka sering meminjam pemadam, pembaris dari saya. Saya duduk di tepi tingkap ketika itu, boleh melihat asrama dewan makan, padang sekolah dan bangunan Pertukangan. Malam-malam saya tak berani memandang keluarpun.
           Saya berpindah balik ke kampung halaman, memulakan hidup bersama keluarga semula. Pagi ke sekolah seawal, enam pagi, menaiki bas yang sampai ke bandar jam enam setengah pagi. Solat subuh sering tidak dapat dilakukan. Kelas hanya bermula jam tujuh setengah hingga satu setengah setiap hari. Tengahari, berebut bas, untuk balik ke rumah bersama dengan penumpang lain. Sampai ke rumah hampir tiga petang, dan seringkali, kena memasak nasi dulu kerana kedua orang tua tiada di rumah. Sementara menunggu mereka balik membawa lauk untuk di masak untuk hari itu, membuat kerja rumah (kerja sekolah). Kadangkala tertidor  tanpa sempat makan terlebih dahulu.Pukul tiga atau empat petang makan tengahari adalah perkara biasa. (Pagi ke sekolah tanpa sarapan, di sekolah pula tak pernah ke kantin. Dengan hanya 30 sen  saya  dapat membeli, nasi lemak atau mee yang dimasak oleh pengusaha bukan islam tapi saya tidak mau). Menjaga adik, buat kerja sekolah, membantu mak menoreh, membuat kueh (belajar memasak lebih kurang)....  Itu antara rutin harian.
           Selama bersama keluarga, saya lebih kerap berada di rumah dari berjalan tak tentu arah. Sabtu dan ahad, banyak masa melakukan kerja rumah. Sesekali ke rumah wan dan aki. Hubungan dengan kawan-kawan hanya di sekolah. Saya tiada kawan dengan erti sebenarnya di kampung. Sesekali cuti sekolah, sepupu akan datang menziarah dan mengikut dia berjalan ke rumah saudara mara kerana ketika ini saja mak membenarkan saya berjalan-jalan.  Dua tahun penuh dengan kesuraman.
           Menghadiri kelas   menaip setelah habis exam dan menjalani hidup bersama keluarga berakhir setelah mendapat keputusan MCE. Walau tak sebaik mana, saya berjaya melangkah keluar dari rumah untuk sekian kalinya.  Bersambung

No comments:

Post a Comment