Hari Guru datang lagi untuk sekian kalinya (Dah terlewat 5 hari aku harap aku tak terlewat untuk meluahkan apa yang tebuku di hati selama ini.) Tahun ini, anak saudaraku yang sulong, anak kepada adik ku menjadi guru setelah puas berusaha. Syabas Kak Long.
Dalam keluargaku, ramai yang menjadi Guru. Dari 7 beradik sebelah ibuku, 3 orang menjadi guru. Anak pak we, 3 jadi guru, dan bermenantukan guru. Anak Pak Da, 2 orang guru dan seorg menantu juga guru. Anak Tam Din, seorg guru. Anak Pak Teh, 2 org dan seorg menantu guru. Anak Anjang anak sulongnya guru dan seorg menantu perempuan juga guru. Anak Achek, paling ramai jadi guru,juga bermenantukan guru. (Berbelit2 daa). Hanya anak mak yang tidak menjadi guru, setakat guru ganti saja satu ketika dulu. Alhamdulillah akhirnya ada juga guru dalam keluargaku...
Sesungguhnya, aku tak pernah lupa akan jasa-jasa mereka yang bergelar guru. Baik guruku di waktu tadika, di sekolah rendah, sekolah menengah, mahupun guru mengajiku. Tidak lupa pada bapa saudara ku yang bergelar guru.. Aku amat terhutang budi kepada mereka semua. Jasa mereka tidak akan dapat kulupakan hingga hayat di kandung badan.
Masihku ingat, Sambutan Hari Guru Tahun 1973, (tidak ingat samada ada sambutan Hari Guru semasa sekolah rendah) Tahun itu, pertama kali, aku ambil bahagian. Kami dari MGS menyanyikan lagu-lagu yang sering dinyanyikan di sekolah rendah ketika itu. Maksudnya, samada lagu2 itu lagu gereja atau tidak kami nyanyi saja. Allah ampunkan kami jika kami tersilap kerana kami jahil ketika itu. (Kami ketika itu, terdiri dari aku sendiri, kiah, ani, rohi, midah, may choo, poh kim, ita dan 2 org lagi yang tak ku ingat nama mereka).
Masa di Tingkatan 2, menyanyi boria, bersama girls kelasku.Tingkatan 3 aku tak ingat ada tak ambik bahagian. Ketika di Tingkatan 4 dan 5, aku mendiamkan diri. Dua tahun yang amat sedikit dalam ingatanku. Aku tidak ramai kawan ketika itu. Apabila di Tingkatan 6 rendah sekali lagi, aku terlibat dengan hari guru. Hari Guru tahun 1978, aku menjadi pengapit pengantin. Aku masih ingat, kami dipinjamkan dengan baju2 (kurang pasti dari mana) siap dengan kain songket, broket, net. Tergelak bila ingat aku pakai baju yang jarang itu dengan beralaskan baju kurung putih sekolah. Tak siapa peduli janji pakaian tradisional. Siap dengan penari, pesilat, pemegang bunga manggar lagi. Terasa hebat sangat, sebab tak pernah dibuat orang. Pengantin, RH dan AA. Ketika di Tingkatan 6 Atas, aku tidak mengambil bahagian, beri laluan kepada lower six pula.
Hasrat menjadi guru, memang ada. (ketika seorang sahabat baikku melapur diri di Maktab Perguruan di Kuala Terengganu tahun 1979 aku kehilangan kawan seketika tapi sahabat ku ini, sehingga kini, walau ada masanya kami tidak berhubung, masih tetap menjadi sahabat yang amatku sayangi).Rasa ralat tidak dapat menjadi guru setelah 3 kali temuduga memberi tamparan yang amat besar dalam hidupku. Aku mohon apa saja kerja yang ada dan terima jawatan yang mula-mula ditawarkan. Itulah hakikatnya. Bertahun bekerja, dan segala permohonan untuk ke jawatan lain di nafikan dan di bakul sampahkan. Hanya Allah yang tahu, perasaanku ketika itu. Hubungan dengan kawan-kawan lama ku putuskan tapi tidak dengan sahabat yang seorang ini. Dia sentiasa mencari dan mengikuti perkembangan hidupku.
Akhirnya, jodohku dengan guru ada juga. (Bukan bernikah) Mei, 2002, aku ditugaskan menjaga gaji guru di 4 daerah, Raub, Bera, Temerloh dan Cameron Highlands. Kemudian ku tolak Raub. Satu ketika aku pernah jaga guru di Maran juga. Sekarang tinggal 2 daerah yang ku jaga, berkongsi dengan seorang lagi (boleh ku panggil anak kerana sebaya dengan anak sulong ku). Itulah rezekiku, masih dengan guru walaupun bukan sebagai seorang Guru sebagaimana yang ku idamkan satu ketika dahulu. Alhamdulillah aku redha dengan segala ketentuannya kerana Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.
Ketika menjaga sekolah-sekolah di lima daerah inilah, ramai ku temui, rakan-rakan ku yang pernah menjadi teman sepermainan, teman sekampung, teman sekolah, teman satu asrama. Malah aku berjumpa kembali dengan sahabat-sahabat yang mungkin tidak lagi mengingatiku. Akhirnya bila aku ber'facebook' pula, aku makin ramai berjumpa dengan kawan-kawan bergelar guru.
SELAMAT HARI GURU buat semua kenalanku di mana saja anda berada. Jasa kalian terhadap anak bangsa, hanya Allah yang akan membalasnya.