Total Pageviews

Sunday, 20 March 2011

Sambungan Zaman Kanak-Kanak

PORT DICKSON :-

Usia, 5 tahun ketika saya mengikut, bapa berpindah ke PD. Perjalanan sepanjang jalan menaiki keretapi dan transit di Gemas, salah satu memori yang masih dalam ingatan. Sampai ke Sua Betong,  di awal pagi. Rumah yang belantaikan tanah, itu merupakan rumah pertama kami di sini.  Air api tiada, kami mandi perigi di bawah bukit selama beberapa hari. Tidak lama, bapa membawa kami pindah di Kampung belakang kem. (tidak lagi mengingati nama kampung tersebut) Di sini, bermulanya kehidupan ku, mula melangkah ke pra sekolah.Kemudian, bapa membawa kami berpindah lagi kerumah yang lebih selesa ketika itu, kembar dua. (akan saya cerita mengenai rumah-rumah yang pernah saya duduki kemudian)

                Di PD, saya mendapat sepasang adik. Saya juga memulakan alam persekolahan di Sek.Ren. Port Dickson "Dahulu dikenali sebagai Goverment English Primary School". Dua tahun bersekolah di sana, pada tahun ketiga, tamat penggal pertama, kami berpindah lagi. Kali ini kami pindah kembali ke Kampung halaman bapa dan mak. Ketika itu, bapa terpaksa meghantar kami ke kampung kerana beliau di tugaskan ke Sabah. Atas faktor keselamatan kami terpaksa berpisah sementara. (akan saya ceritakan mengenai alam persekolahan dan kisah adik-adik saya kelak)

No comments:

Post a Comment